Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam masa sama berkata, ia bakal meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar selaras dengan rantaian gentian optik.